Articles

politik kampus s**k!!

In Pembongkaran on 22/12/2010 by Kami-Benci-GM

Advertisements

Articles

GM terjerat!

In Pembongkaran on 12/10/2010 by Kami-Benci-GM

GM KANTOII!!! KORANG MASUK JERAT KORANG SENDIRI!! KEPADA YANG TAK TAU APER-APER TU, MEH AKU PASTE BALIK APA YANG DORANG SENGAL TULIS ARITU…

BILA FELO IZISH BALAS, SENYAP KORANG GM! HAHA SENGAL!

Articles

BerGM Lebih Baik ???

In Pembongkaran on 19/09/2010 by Kami-Benci-GM

BerGM Lebih BAik ?

Betul ker ? Mari kita lihat..

Sejauh mana slogan kebenaran mengatakan GM atau kononnya sebagai pro-Mahasiswa menggunakan politik untuk juga kononnya untuk berdakwah?

Bertanding pilihanraya kampus dan memenangi kerusi, mendapat kuasa adakah itu dakwah? Bukti sekarang, kerusi sesi ni sudah dapat berbelas-belas, tetapi sejauh mana dakwah GM itu sampai?

Aku sebagai orang lama, aku confident jawab, GM sekarang dah lari matlamat awal geng-geng pembangkang macam ATMA dan IPU dulu. Tengok aja dalam pesta konvo aritu, blog TSB ada ulas.

GM adalah satu proksi atau parti yang dipergunakan oleh sekelompok mahasiswa tegar dengan ideologi pembawaannya yang bertunjangkan idealisme keislaman dan kebajikan mahasiswa. Itu kita semua nampak.

Walaupun GM terbuka kepada non-muslim namun tetap berbaur perjuangan Islam. Samada kita nak akui atau tak, terpaksa kita akuinya juga. Jadi sekarang secara praktikalnya, kita menyoal bagaimana GM berdakwah?

Balik-balik harapkan geng ISI jugak.. Tau kenapa ??

Sebab ISI & GM orang sama!!! Perasan takk??


HAFIZ RAZAK

– Timbalan Presiden ISI = Pengerusi GM

FIRDAUS AZAM

– EXCO Siasah & Integrasi Nasional ISI = Pengerusi MAMPU

NABILAH MAIYIDIN

-Timb EXCO Siasah & Integrasi Nasional ISI = Pengerusi AKSIS

Korang semua pun dah nampak apa kelemahan diaorang ni kan ?? Apa lagi, jom join aku bongkar!! bongkar!!

Articles

Ipu Mampu bangkit ??

In Pembongkaran on 19/09/2010 by Kami-Benci-GM

Salam Aidilfitri & selamat kembali ke medan ilmu.

GM kelihatan gelabah dan tidak keruan, apabila terbaru kumpulan haram ini telah mewujudkan akaun Fb dengan nama Ipu Mampu.

Hal ini kalau dilihat memang jelas Ipu Mampu semakin takut dan resah dengan kelahiran Kaukus Siswa Melayu (KSM) dan Aku Darah Anak Melayu (ADAM), serta  Tindakan Siswa Bersatu(TSB)

Antara posting-posting terawal dalam Fb mereka, ada ditulis matlamat yang mereka ingin capai dalam Fb ini adalah;

1) Perlaksanaan dasar UKM lebih berlandaskan hukum Islam.
2) Sebagai pemangkin untuk menjadikan UKM lebih cemerlang, inovatif dan kreatif serta berdaya saing.
3) Menggabungkan orang lama IPU-MAMPU dari zaman 1986 dengan mahasiswa/i semasa UKM.
4) Menolak TSB yang menjurus politik tidak sihat.

Aku lebih melihat hal ini politik kebudak-budakan. Dari gaya penulisan, aku sudah boleh agak siapa yang menjadi admin bagi Fb diaorang ini. Nyata sekali era Ipu Mampu yang gah satu masa dahulu, tidak akan gemilang kembali. Percayalah cakap aku.

Yang paling menggelikan hati aku bila statement ke-4, “Menolak TSB yang menjurus politik tidak sihat.” Apa yang TSB buat politik tidak sihat, aku betul tak paham..

Cuma di sini nasihat aku, budak-budak baru Ipu Mampu ni, kaji dulu sejarah. Sirah, kata puak-puak ostad Fpi diaorang tu.. Tengok dulu, apa kelebihan korang tu, dibanding dengan TSB sekarang ni. Kaji pula apa dasar Ipu Mampu korang tu, baru posting tu..

p/s : Aku dengar blog Mampu pun dah on balik.. Japgi aku cerita bab blog diaorang tu. Confirm lembab!

PANDANG SISI ILMIAH :

Kami Benci GM lebih memandang tindakan Ipu Mampu yang kononnya turut ingin bangun semula selepas ditenggelamkan jenama GM sebagai konflik dalaman, di mana masing-masing, GM & Ipu Mampu ingin naikkan semula nama diaorang. Persoalan ingin Kami Benci GM bangkitkan di sini, siapa yang buat kerja sekarang ni? Ipu Mampu atau GM ?

Fikir-fikirkan!

Belajar Lebih Baikk!!

Articles

Kenali ‘front’ mahasiswa

In Pembongkaran on 05/09/2010 by Kami-Benci-GM

Di kesempatan ini, penulis cuba untuk mengetengahkan maklumat-maklumat berkenaan apa sebenarnya pertubuhan-pertubuhan pelajar di UKM perjuangkan sejak dahulu berdasarkan maklumat-maklumat yang ada pada penulis. Penulis tidak mengharapkan para pembaca bersetuju 100% dengan apa yang penulis lakarkan, tetapi cukup buat pembaca sekalian memahami situasi sebenar apa yang penulis tahu dan faham. Penulis mengalu-alukan para pembaca untuk komen atau berkongsi artikel ini dengan pihak lain. Ini semua sebagai pengetahuan am warga kampus UKM. Pesanan ikhlas daripada penulis, jangan kita membabi-buta berkata-kata tanpa mengetahui apa yang kita sedang perkatakan.

TINDAKAN SISWA BERSATU

Lebih dikenali sebagai TSB, mempunyai motto ‘Teras Perjuangan Mahasiswa Melayu’ . Dikatakan salah sebuah persatuan pelajar tertua di kampus UKM. Melalui blognya, TSB mengisytihar mereka merupakan gerakan pelajar aliran nasionalisme Islam yang berjuang demi kebajikan serta perjuangan mahasiswa melayu di UKM yang telah bermula sejak awal penubuhan UKM iaitu sekitar lewat 70-an. Antara pengasas TSB ialah Mohamad Rais Zainuddin (Datuk), Abdul Rahman Bakar(Dato’) dan rakan-rakan. Untuk rekod, TSB sering dikaitkan dengan parti pemerintah UMNO.

Secara dasarnya TSB ditubuhkan untuk mewakili mahasiswa-mahasiswa yang mempunyai semangat nasionalis yang kuat. Matlamatnya adalah memperjuangkan bangsa Melayu. Perjuangan TSB mengalami sejarahnya yang tersendiri; ada kisah jatuh dan bangunnya yang unik.Mengikut sejarah pilihanraya di kampus UKM, mulai 1980/1981 TSB berjaya memecahkan dominasi penguasaan Angkatan Tindakan Mahasiswa (ATMA) yang telah menerajui PMUKM selama 9 tahun berturut turut semenjak ditubuhkan.Pengasasnya, Rais Zainuddin telah diangkat sebagai presiden PMUKM.

Namun setahun selepas itu, TSB tewas dalam PRK dan hanya kembali memenangi PRK pada sesi 1985/1986 kemudian tewas semula sehingga memenangi PRK bagi sesi 1989/1990 dengan saudara Ahmad Shamsuddin Ramli diangkat menjadi Presiden. Pada sesi 1991/1992 terjadi pertarungan sengit antara MAMPU-IPU dengan TSB dimana kedudukan kerusi antara keduanya adalah 22-21 di mana kemenangan berpihak kepada TSB. Saudara Razali Ibrahim telah dilantik menjadi Presiden PMUKM. Kisah yang sama diulangi pada sesi 1992/1993 saudara Razali Ibrahim sekali lagi diangkat sebagai Presiden.

Rentak kemenangan diteruskan bermula sesi 1993/1994 sehingga 1995/1996 dimana TSB melengkapkan kemenangan selama 6 tahun berturut-turut. Namun ini merupakan sesi terakhir kemenangan TSB di ukm kerana selepas ini TSB mengalami kekalahan berturut-turut selama 7 tahun sebelum memenangi semula pada sesi 2003/2004.

ASPIRASI

Ditubuhkan dan didaftarkan di bawah Urusetia Rakan HEP di atas nama Kelab Aspirasi menjelang PRK sesi 2003/2004 tanpa diketahui matlamat asal penubuhannya; sementelah TSB semakin merudum prestasinya di dalam PRK. Banyak desas-desus dan khabar angin  yang mengulas mengenai sebab sebenar di sebalik penubuhan Kelab Aspirasi ini. Antara cakap-cakap tersebut mengatakan kelab ini sebenarnya jelmaan baru bagi TSB  setelah TSB mengalami kekalahan teruk pada sesi 2002/2003 kepada MAMPU-IPU. TSB dilaporkan tidak aktif selama setahun bagi tempoh tersebut sebelum muka-muka ahli lama TSB muncul dalam Kelab Aspirasi ini. Tidak banyak yang boleh diulas mengenai kelab ini. Ramai yang menyatakan kelab ini ‘anak emas’ pejabat HEP UKM. Ini kerana mereka kerap didapati mendapat bantuan nasihat dan kewangan daripada pihak HEP UKM. Risalah rasmi mereka ialah ‘Al-Bayan’. Untuk rekod, semenjak ditubuhkan, Aspirasi berjaya mengekalkan kemenangan di dalam PRK sejak 2003/2004 sehingga sesi kini iaitu 2009/2010 iaitu selamat tujuh(7) tahun.


MAMPU-IPU

Mampu-IPU atau akronimnya Membina Mahasiswa Penggerak Ummah-Islam Penyelamat Ummah merupakan pertubuhan yang dikatakan pengganti kepada Angkatan Tindakan Mahasiswa (ATMA) setelah ATMA berpecah pada penghujung 1980-an. Pesaing utama TSB dan pernah menguasai PMUKM beberapa kali.

Secara dasarnya ia ditubuhkan sebagai mewakili mahasiswa-mahasiswa yang memperjuangkan Islam. Matlamat penubuhannya untuk memastikan Islam hidup subur di kalangan mahasiswa dan masyarakat sekeliling. Kali terakhir MAMPU-IPU menonjolkan diri adalah pada sesi 2004/2005 sebelum Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) muncul dan mengisytiharkan sebagai menjadi ‘front’ pro-mahasiswa pada sesi 2005/2006.

MAMPU-IPU sering dikaitkan dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berikutan imej pertubuhan ini yang memperjuangkan Islam dengan warna tema yang dipilih ialah warna hijau. Popular dengan risalah keluaran mereka -‘Perutusan Ameer’. Dipercayai menguasai Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM), sebuah badan dakwah yang berdaftar di UKM tetapi sehingga kini tidak dapat dipastikan lagi. Terbaru, mengisytiharkan sebagai salah sebuah ‘front’ di dalam GMUKM.

Gabungan Mahasiswa UKM

Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) ditubuhkan pada tanggal 22 Ogos 2005 merupakan badan persatuan yang pro-mahasiswa dan menunjangi semua mahasiswa di UKM. GMUKM didapati sering lantang bersuara terutama dengan pihak pentadbiran dalam memperjuangkan kebajikan mahasiswa. Menjadikan Falsafah UKM sebagai dasar perjuangan. Fahaman ini turut didokongi pertubuhan di kampus UKM KL yang menggunakan nama GMUKM KL.

Berdasarkan kajian penulis, GMUKM turut menaungi Pro-Mahasiswa IPT yang menaungi semua badan persatuan pro-mahasiswa di semua IPT dalam Malaysia. Pro-Mahasiswa IPT ini dikatakan menghimpunkan mahasiswa yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama yang masing-masing membawa idealisme mahasiswa.

Pada peringkat penubuhannya, GMUKM dianggotai oleh gabungan front-front lama dan baru iaitu iaitu MAMPU (Membina Mahasiswa Penggerak Ummah), GMM (Gerakan Mahasiswa Maju), Malaysia Youth Democratic Movement (DEMA), JKMI (Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa/i), Indian Democratic Council, Pertubuhan Mahasiswa Sosialis UKM, GMLN (Gerakan Mahasiswa Lantang Negara), GAPIM (Gerakan Pelajar Intelek Malaysia), Solidariti Hak Asasi Mahasiswa UKM, Laws Faculty Council (LawFaC), Pertubuhan Mahasiswa Profesional Perubatan & Kesihatan UKM (Pro-PKUKM), KARISMA (Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Pertubuhan Johorian dan Penang Guide.

Tetapi berdasarkan maklumat terkini yang diperoleh penulis, GMUKM kini hanya tinggal dinaungi MAMPU dan GMLN dengan dua ‘front’ baru iaitu Angkatan Siswi Dinamis (AKSIS) dan Kumpulan Aktivitis Mahasiswa Independen (KAMI). Untuk rekod, GMUKM belum pernah memenangi mana-mana pilihanraya kampus semenjak ditubuhkan dengan rekod paling baik pernah diperoleh ialah pada sesi lepas iaitu 14 daripada 35 buah kerusi yang dipertandingkan. Juga berdasarkan pemerhatian penulis, pimpinan ISIUKM kerap menaungi dan menjadi MT GMUKM.Warna tema GMUKM ialah ungu dan program mingguan yang popular ialah ‘Hari Ungu’.

Articles

Kenapa BENCI GM?

In Pandangan on 05/09/2010 by Kami-Benci-GM

Penulis bukanlah seorang pelajar yang aktif dalam politik kampus kerana bagi penulis rasanya sudah mempunyai banyak komitmen lain terutama aspek akademik. Penulis sekadar menjadi pengundi setia saban tahun. Eh,jangan terkejut pula, apabila mengetahui yang penulis turut mengundi dalam pilihanraya kampus. Pilihanraya itu hukumnya harus, yang haramnya adalah sistem demokrasi – bilang ustaz penulis. Barangkali ada yang tak bersetuju, tetapi inilah pegangan penulis dan juga rakan-rakan yang bersependapat dengan penulis. Pilihanraya kampus atau sinonim dengan PRK bukanlah bertujuan untuk memilih wakil dalam menggubal hukum, sebaliknya sekadar memilih wakil perantara mahasiswa dengan pentadbiran universiti. Bukankah itu matlamatnya ? Maka, kenapa perlu wujud kelompok-kelompok berlainan ???

Namun, apa yang menjadi persoalan yang ingin penulis tahu, mengapa harus wujud kelompok-kelompok berlawanan? Apa sebenarnya signifikan kewujudan kelompok-kelompok tersebut kepada kebajikan warga kampus?Di satu pihak mengaku sebagai ‘Gabungan Mahasiswa UKM’ – dengan di satu pihak lain mengaku sebagai ‘Aspirasi Universiti’ . Mengapa harus berpecah???

Politik kampus bukanlah seperti politik demokrasi di luar, di mana kewujudan pembangkang dan pemerintah penting bagi menghidupkan sistem check and balance. Itu politik luar. Seharusnya malah sewajibnya ada check & balance demi survival pembangunan negara.Malah perlu diingatkan jika ada yang terlupa atau tidak tahu, wakil-wakil rakyat yang menang sama ada di DUN atau Parlimen, akan dibayar gaji. Justeru, sememangnya itu kerja mereka; menjadi wakil kepada rakyat Malaysia yang kini hampir mencecah 30 juta orang ini.

Sebaliknya pelajar-pelajar yang masuk bertanding dan memenangi PRK ini dipilih untuk sekadar menjadi perantara bagi pihak mahasiswa dan pentadbiran universiti. Tiada gaji yang ditawarkan. Sekadar beberapa helai t-shirt yang bakal ‘dihadiahkan’ pihak universiti atau sekretariat program, bagi penulis mengapa perlu wujud kem pro-mahasiswa dan Aspirasi Universiti? Semuanya yang bertanding dan kemudiannya menang, perlu menunaikan amanah masing-masing. Itu harus dihighlightkan.

Bagi penulis, apa yang penting adalah kredibiliti calon, dan bukannya kelompok mana yang diwakilinya itu. Mungkin agak sukar hendak meneliti kredibiliti setiap individu yang menjadi calon kerana faktor kesibukan, masa dan juga fakulti yang berlainan. Mustahil bagi penulis jika kita dapat mengenali betul-betul calon-calon pelajar yang bertanding. Maka bagaimana kita yakin pelajar-pelajar yang kita disarankan untuk mengundi itu mampu menjadi wakil pelajar ?

Tujuan asal penulis mewujudkan blog ini semata-mata ingin memberi kesedaran kepada para pelajar sekalian. Kita di universiti ini ada tanggungjawab masing-masing. Amanah yang besar pengharapannya. Dan tujuan penulis menyatakan penulis BENCI-GM kerana pada pandangan penulis, tiada apa yang mampu dibawa oleh mereka yang mengaku sebagai ‘Gabungan Mahasiswa’ ini kerana golongan ini tidak pernah menang lagi dan menjadi MT PMUKM.

Juga kepada kelompok yang mengaku sebagai ‘Aspirasi Universiti’ , bukanlah penulis bersetuju sepenuhnya dengan kelompok ini. Cuma bagi penulis, kelompok ini sekurang-kurangnya telah terbukti berjaya ‘memerintah’ UKM buat sekian lama. Biarpun ada cacat dan cela, sekurang-kurangnya kelompok ini masih berjaya mengekalkan kemenangan mereka buat kesekian lama. Walaupun ada pihak mengatakan kelompok Aspirasi ini ‘bermain kotor’ tetapi bagi pandangan peribadi penulis sendiri, sila buktikan dengan cara ilmiah. Bukan sekadar rumors atau cakap-cakap belakang. Dibimbangi akibat dilatari perasaan marah, akan timbul fitnah-fitnah yang bukan sekadar berdosa besar, tetapi dibimbangi akan membawa mala petaka lebih besar yang mampu menyebabkan azab lebih besar tertimpa ke atas seluruh warga UKM.

Bagi penulis, apa yang paling penting Islam terpelihara dan syiarnya berkembang di alam kampus. Insya Allah. Jangan sampai kita terlalu asyik dengan politik kampus pula, sehingga mengabaikan kewajipan kita yang lain. Janganlah kita terpesona dengan suasana politik kampus sehingga terlalai daripada jalan menuju kebangkitan (an-Nahdhah) yang sejati… Wassalam…

p/s : Terima kasih kepada pihak yang saban tahun menjelang PRK menghantar SMS kepada penulis senarai calon-calon yang patut diundi (walaupun penulis tak mengikut sepenuhnya senarai calon tersebut, kerana penulis mengundi calon-calon yang penulis kenali sahaja) .